Monday, 25 June 2012

KENAPA SAYA TIDAK BERTUDUNG DAN KENAPA SAYA BERTUDUNG??

umum mengetahui bahawa sy tidak bertudung... dan kini perubahan yg saya buat adalah kehendak saya bukan atas paksaan.... kenapa saya tidak bertudung??
1. rambut berminyak dan akan kelemumur bila panas.
2. suka rebonding rambut n nak tunjuk rambut lawa..
3. ramai yg tidak bertudung, so saya ikut.
4.peluang  kerja tidak mahu perempuan bertudung.
5. rasa bertudung itu tidak penting, yg paling penting solat.
6. senang nak cari baju, coz baju menutup aurat susah nak cari yg byk berlengan pendek.
7. perasan nak jadi hot mama.. hehe.
8. tempat bekerja saya tiada 1 pun perempuan melayu.
9. saya bergaul dgn org cina, so mereka lebih selesa jika saya tidak bertudung.
10. saya nak gaya hidup bebas.. (berpegang, berpeluk dgn husband, kalau bertudung kan org ngata)

so ini pulak 10 cara saya atasi segala masalah tersebut..
1. sebelum pakai tudung, saya shampoo 2 kali, blk rumah shampoo lagi. so takde lagi kelemumur.
2. tak suka menunjuk lagi sejak mendalami ilmu agama.
3. saya tak peduli lah org tak nak pakai tudung asalkan saya tak tambah dosa suami dan org yg terdekat
4. berhenti kerja n cari kerja yg lain.
5. dah belajar ilmu agama dgn mendalam, wajib menutup aurat, wajib solat, sebaik mane org itu jika tidak bertudung, maka dia bukan lah baik menurut islam.
6. cari je di butik islam,  walau mahal sedikit, tapi kita bayar juga sebab kita Islam bukan nye yahudi.
7. pakai tudung tutup aurat pun hot jugak.. (lagi hot skang, tak perlu makeup tebal, cukup dgn compact powder) 
8. sekarang di tempat kerja baru, saya dikelilingi wanita wanita islam.. alhamdulillah.
9. dah tak peduli lagi, coz saya bekerja dgn org Islam sekarang. malah org BUKAN islam lebih menghormati org menutup aurat.
10. boleh bebas juga, di luar pimpin tgn dgn suami, cium anak, tapi di rumah saya bebas melakukan apa sahaja dgn suami dan anak tanpa perlu menunjuk kebahagiaan kami dpn org..

SO, KEPADA SESIAPA YG BELUM BERTUDUNG ATAU KEJAP PAKAI KEJAP BUKAK, FIKIRLAH, TAK RUGI KITA TUTUP AURAT KITA, KERANA AURAT ITU HANYA UTK SUAMI, BUKAN UTK LELAKI TEPI JALAN.. SO CUBA CUBA DAN CUBA JADI INDAH DI MATA ISLAM, JANGAN INDAH DI MATA ORANG.. JADI CANTIK DI MATA ISLAM, JGN HANYA CANTIK DI MATA ORG.. 

No comments:

Post a Comment